PUTRAJAYA 27 April – Menghafal 30 juzuk al-Quran dalam masa tiga bulan bunyinya agak mustahil, namun bagi 25 peserta Program Tahfiz Integrasi An-Nur 2.0 telah membuktikan sebaliknya apabila berjaya mengingati keseluruhan ayat-ayat suci dalam tempoh singkat. Perkara itu diakui sendiri oleh salah seorang peserta, Muhammad Aizad Abdul Manan, 18, apabila dia telah menghafal 25 muka surat al-Quran dalam sehari di samping mengingati setiap terjemahan ayat yang diingatinya sehingga kini bergelar…










