Beregu lelaki kandas di pusingan kedua - Utusan Malaysia

Beregu lelaki kandas di pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 April – Cabaran beregu lelaki negara dalam kejohanan badminton Terbuka Malaysia berakhir selepas dua wakil terakhir tewas sewaktu pusingan kedua yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 750 itu menyaksikan finalis All England, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meneruskan kecemerlangan mereka apabila tunduk 9-21, 16-21 kepada pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang kini dibimbing bekas jurulatih kebangsaan, Tan Kim Her.

Teo Ee Yi yang menyambut hari lahir ke-26 hari ini bersama pasangannya, Ong Yew Sin juga gagal meneruskan kemaraan apabila tewas kepada pilihan ketujuh dari China, Hang Chengkai-Zhou Haodong 17-21, 19-21.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan itu menyaksikan Malaysia hanya memiliki dua wakil di suku akhir esok di dalam acara beregu campuran iaitu Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini