GEORGE TOWN – Penduduk di kawasan Tanjung Tokong di sini gempar selepas menyaksikan kejadian belalai air bersaiz besar yang melanda kawasan perairan negeri ini semalam. Kejadian itu berlaku ketika keadaan cuaca hujan beserta angin kencang yang melanda beberapa kawasan di negeri ini kira-kira pukul 1.30 petang. Fenomena berkenaan dikatakan berlaku dalam tempoh kira-kira 15 minit yang datang dari arah laut menuju ke kawasan darat di sekitar Tanjung Tokong di sini.…










