Bekas pegawai khas bekas menteri ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Bekas pegawai khas bekas menteri ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang bekas pegawai khas kepada bekas menteri kerana disyaki menjadi dalang mengatur projek-projek di sebuah kementerian termasuk pembekalan peralatan pesawat bernilai kira-kira RM1.8 juta.

Menurut sumber, lelaki bergelar Datuk berusia 50 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya dekat sini.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek dikatakan telah menerima wang rasuah  daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek pembekalan peralatan secara rundingan terus dengan sebuah kementerian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini termasuklah pembekalan peralatan pesawat yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.8 juta pada sekitar tahun 2017.

“SPRM juga sedang mengesan beberapa lagi individu dan syarikat pembekal di seluruh negara yang disyaki terlibat dengan individu tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan pihaknya akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi esok.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini