Bekalan sayur, buah-buahan tidak terjejas - Utusan Malaysia

Bekalan sayur, buah-buahan tidak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Bekalan sayur-sayuran serta buah-buahan tidak terjejas meskipun negara menghadapi musim kemarau sejak tiga bulan lalu.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Sr. Ishak Ismail berkata, setakat ini,  pihaknya tidak menerima sebarang  rungutan atau aduan berkaitan masalah bekalan mahupun hasil tani.

“Walaupun kemarau, tapi dari sudut bekalan, ia berjalan seperti biasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika terdapat bekalan yang terjejas sekalipun mungkin dalam satu atau dua barangan sahaja seperti cili, namun ianya dianggap fenomena biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Lawatan Kerja di Institut Latihan FAMA Kota Bharu (ILFKB) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah FAMA negeri, Mohd. Ariffin Awang dan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Modal Insan FAMA, Mohd. Nawawi Harun.

Dalam pada itu, Ishak berkata, FAMA akan memberi tumpuan kepada Kelantan sebagai negeri ini pengeluar benteng makanan negara.

“Kita akan pastikan usahawan dibantu supaya hasil dapat diedarkan kerana negeri ini adalah antara negeri yang menghasilkan jualan tertinggi serta pengeluar sayur dan buah-buahan utama seperti rock melon duku, dokong dan sebagainya.

“Selain itu, Kelantan adalah antara negeri yang memperoleh hasil jualan tertinggi dicatatkan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong iaitu sebanyak RM700 juta setahun,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini