Bekalan air dijangka pulih ikut jadual-SPAN - Utusan Malaysia

Bekalan air dijangka pulih ikut jadual-SPAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 April – Kerja-kerja penambahbaikan melalui penggantian kompenan paip dan peralatan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) yang bermula seawal pukul 8 pagi telah siap dilaksanakan sepenuhnya pukul 11 malam tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago berkata, ia menepati tempoh masa yang dijangka oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., selaku operator dan SPAN selaku badan kawal selia perkhidmatan air ketika jadual pemulihan dirangka sebelum ini.

“Loji Rawatan Air SSP2 kini sedang dalam tempoh pemulihan dan pengoperasian semula dijangka akan mengambil masa sekitar 24 jam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bekalan air dijangka kembali pulih secara berperingkat bermula lewat hari ini, bergantung kepada lokasi sebagaimana dijadualkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sepanjang tempoh henti tugas dan pengoperasian semula loji, SPAN telah memantau secara rapi daripada awal kerja dimulakan sehingga tempoh pemulihan.

“SPAN akan terus memantau secara rapat dengan kerjasama Syabas bagi memastikan bekalan air akan kembali dinikmati pengguna berdasarkan kepada jadual dikeluarkan sebelum ini,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini