KUALA TERENGGANU – Bas Amphicoach sah tidak akan menjadi produk pelancongan baharu Terengganu selepas kerajaan negeri mengambil keputusan menolak produk bas dua alam berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman berkata, keputusan itu terpaksa dibuat selepas syarikat kontraktor terlibat masih gagal memenuhi spesifikasi ditetapkan walaupun lebih setahun menjalani sesi ujian. Beliau berkata, bas dua alam buatan Malta itu juga telah gagal melepasi proses pengujian kenderaan ditetapkan…










