BARCELONA 28 April – Gol tunggal Lionel Messi memastikan Barcelona menjulang kejuaraan La Liga buat kali ke-26 ketika saingan masih berbaki tiga perlawanan selepas menewaskan Levante 1-0 di Camp Nou, hari ini. Masuk sebagai pemain gantian, Messi meledak gol kemenangan Barca pada minit ke-62 untuk memberikan kemenangan kelapan dalam tempoh 11 tahun. Selepas melepasi dua pertahanan lawan, kapten Barcelona itu menyambut hantaran Arturo Vidal sebelum melepaskan rembatan kaki kanan ke…










