Banyak ruang untuk DAP baiki - Utusan Malaysia

Banyak ruang untuk DAP baiki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 April – Masih banyak ruang boleh diperbaiki oleh 12 pimpinan DAP dalam Kabinet Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, usaha tersebut sedang dijalankan namun pemimpin-pemimpin parti tersebut telah melakukan dengan baik tugas masing-masing.

“Saya gembira dengan prestasi menteri-menteri DAP kerana banyak perkara kami belajar sepanjang 10 bulan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat banyak perkara kita boleh tingkatkan dan kami menuju ke arah tersebut termasuk mengasimilasikan diri kami dalam setiap keperluan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Gobind yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, cabaran utama kerajaan PH adalah media sosial.

“Kita mempunyai pelbagai medium komunikasi seperti media sosial yang menjadi cabaran terbesar namun sedang berusaha menyelesaikan isu itu,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dalam satu temubual dengan akhbar bahasa Inggeris, The Star berkata, kemahiran komunikasi menteri-menteri PH merupakan alasan utama masyarakat tidak gembira dengan kerajaan baharu itu.

Kata beliau, menteri-menteri PH tidak menerangkan dengan jelas polisi kerajaan baharu selain kelewatan menunaikan janji Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini