“Saya anak rantau, saya membesar di sini, orang di sini kenal saya, jadi orang luar tak payah datang nak burukkan saya.’’ Kata-kata DATUK SERI MOHAMAD HASAN itu bukanlah bermaksud beliau angkuh tetapi Timbalan Presiden UMNO itu mahu semua pihak berkempen secara bersih dan bukannya melakukan serangan peribadi sepanjang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Memasuki minggu terakhir kempen sebelum pengundian berlangsung pada 13 April ini, Mohamad yang menjalankan…










