SERDANG – Beberapa kawasan di daerah ini telah dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan yang bermula pada pukul 4 petang tadi. Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, antara kawasan yang terjejas akibat banjir kilat adalah di sekitar Taman Serdang Jaya, Taman Seri Serdang dan kawasan sekitar Universiti Putra Malaysia di sini. “Turut terkesan adalah di sekitar kawasan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Awan Besar dan Stesen Komuter Serdang…










