KUALA LUMPUR 2 April – Beberapa kawasan sekitar Lembah Klang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat selama lebih sejam sejak pukul 4 petang hari ini. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan pihaknya menerima lima laporan kejadian banjir kilat. Ujarnya, antara kawasan terlibat iaitu di stesen transit aliran massa (MRT) Awan Besar, Jalan SK9, Seri Serdang, Sungai Besi Indah, Lebuh Rata Besraya dan Stesen Komuter Serdang. “Kejadian menyebabkan kesesakan lalu lintas…










