Bangunan bersejarah Notre Dame terbakar - Utusan Malaysia

Bangunan bersejarah Notre Dame terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 17 April – Bangunan bersejarah Notre Dame yang berusia 850 tahun terbakar dalam satu kejadian di sini petang semalam.

Ketua Bomba Paris, Jean-Claude Gallet berkata, pihaknya berjaya mengawal api selepas ‘bertarung’ beberapa jam.

“Bagaimanapun boleh dianggap yang kita berjaya menyelamatkan struktrur utama bangunan bersejarah itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Punca insiden itu masih belum dikenal pasti setakat ini, namun beberapa sumber rasmi memberitahu ia barangkaili ada kaitan dengan kerja-kerja pemuliharaan bangunan yang sedang dijalankan di situ.

Dalam pada itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron memberitahu, kerajaan akan melancarkan pengutipan dana antarabangsa bagi membina semula Notre Dame yang terbakar itu.

“Kita akan bina semula Notre Dame,” kata Macron. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini