RAMALLAH 27 April – Pergerakan Fatah menegaskan semua dakwaan Amerika Syarikat (AS) dan Israel bahawa wujudnya sekutu Arab dalam perjanjian damai Asia Barat adalah satu khayalan serta pembohongan semata-mata untuk mengecewakan rakyat Palestin dan kepimpinan mereka. Jurucakap Fatah, Osama al-Qawasmi berkata, AS dan Israel tidak akan dan sukar menemukan negara Arab yang bersetuju untuk ‘menjual’ Baitulmuqaddis. Agensi berita Wafa memetik Osama sebagai berkata, Baitulmuqaddis adalah intipati konflik dan bukan untuk…










