SEOUL – Filem blokbuster adiwira terbaharu Marvel Universe, Avengers: Endgame mencatatkan lebih tiga juta tontonan di pawagam-pawagam Korea Selatan dalam tempoh tiga hari selepas ia ditayangkan, lapor agensi berita Yonhap berdasarkan data rasmi semalam. Avengers: Endgame menarik seramai 1.04 juta penonton filem kelmarin dan jumlah itu meningkat kepada 3.21 juta, menurut data Majlis Filem Korea. Filem sama juga menguasai sebanyak 84.4 peratus tempat duduk di pawagam di seluruh negara dan…










