Apple guna robot leraikan 1.2 juta iPhone lama - Utusan Malaysia

Apple guna robot leraikan 1.2 juta iPhone lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTIN, Texas – Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple akan membuka makmal terbaharunya menggunakan robot-robot kitar semula untuk meleraikan telefon pintar lama.

Firma itu menyatakan pada Khamis lalu bahawa makmal yang dinamakan Material Recovery itu akan didirikan di sini. Ia bertujuan untuk meneroka teknik baharu menggunakan robotik dan mesin untuk meleraikan telefon pintar bagi mendapatkan semula bahan berharga seperti kobalt, aluminium serta kuprum.

Makmal seluas 836 meter persegi itu akan dibina di lokasi sama di mana Daisy, sebuah robot binaan Apple beroperasi untuk meleraikan iPhone lama pada kadar 1.2 juta unit setahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Makmal itu merupakan sebahagian daripada matlamat lebih luas Apple untuk mengeluarkan semua produknya daripada bahan kitar semula atau boleh diperbaharui.

Firma AS itu bagaimanapun belum menetapkan tarikh untuk mencapai objektif tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini