MANILA 23 April – Angka korban akibat gempa bumi berukuran 6.3 magnitud yang melanda Pulau Luzon di Filipina semalam meningkat kepada 11 orang sementara puluhan lagi dilaporkan cedera.
Channel News Asia yang memetik laporan China Xinhua sebagai berkata, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga hari ini dan jumlah sebenar yang terperangkap dalam runtuhan bangunan pasar raya di pekan Porac, Pampanga, itu masih belum dikenal pasti. AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











