PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menegaskan anggota pentadbiran kerajaan tidak dibenarkan menerima hadiah. Mengulas laporan penahanan seorang setiausaha politik menteri berhubung dakwaan menerima suapan berbentuk jam tangan berjenama, Mahathir berkata, terpulang kepada rakyat untuk menilai jenayah tersebut. “Jika seseorang menerima sesuatu sebelum menyertai kerajaan itu masalah mereka, bukan masalah kita. “Hanya apabila anda bekerja dalam kerajaan anda tidak dibenarkan menerima hadiah,” katanya kepada…










