KUALA LUMPUR 2 April – Saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 bermula Sabtu ini hingga 13 April, bakal menyaksikan Androni Giocattoli-Sidermec berada di ranking teratas dalam kalangan 22 pasukan berentap dalam perlumbaan itu berdasarkan ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI). Pada perlumbaan edisi ke-24 kali ini, pasukan itu yang dibimbing Gianno Savio berada di kedudukan ke-23 dunia dalam ranking UCI dengan mengutip 2,767 mata, diikuti Neri Sottoli-Selle Italia-KTM (1,682.72), Gazprom-Rusvelo…










