KUALA TERENGGANU 2 April – Kerajaan negeri hari ini memutuskan menolak penggunaan pengangkutan bas dua alam atau amphicoach yang disifatkan ‘projek sakit’ umpama kanser tahap empat. Malah kerajaan negeri juga mengambil pendirian itu untuk membatalkan hasrat menyediakan perkhidmatan itu kepada rakyat setelah mengambil kira faktor keselamatan selain tidak menepati spesifikasi ditetapkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman…










