KUANTAN 6 April – Sebuah ambulans Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) terbalik selepas dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda HR-V di Jalan Sultan Abdullah dekat persimpangan lampu isyarat dan jejambat berhampiran Kolej Universiti Widad di sini hari ini. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, ambulans dinaiki dua pembantu perubatan dan pemandu dalam perjalanan membawa seorang pesakit yang merupakan mangsa kemalangan di Petronas Sungai Lembing menuju ke HTAA. Dalam…










