KUALA LUMPUR 2 April – Aksi pusingan kedua perlawanan bola sepak Piala FA antara PDRM dan Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, hari ini, terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu susulan hujan lebat dan petir. Komisioner Perlawanan, Abd Rais Mohd Shaarani berkata keputusan tersebut dicapai setelah pegawai perlawanan mengadakan mesyuarat dengan wakil kedua-dua pasukan berkenaan. “Perlawanan pada petang ini ditunda kepada satu tarikh baharu yang akan ditetapkan Liga…










