ISTANBUL 2 April – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang memimpin Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) membuat rayuan terhadap keputusan pilihan raya perbandaran di sini hari ini. AKP dan rakan pakatan memenangi lebih 50 peratus undi di seluruh negara namun tewas pada dua bandar utama selepas Turki tergelincir ke dalam kegawatan ekonomi. Rayuan kepada pihak berkuasa pilihan raya memberikan masa dua hari bagi memutuskan sama ada terdapat merit terhadap permohonan…










