Aduan tingkat mutu perkhidmatan - Utusan Malaysia

Aduan tingkat mutu perkhidmatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 2 April – Anggota polis perlu positif de­ngan setiap aduan yang disalurkan orang awam supaya dapat dijadikan sebagai asas untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Md. Jais berkata, aduan tersebut boleh dijadikan panduan sekali gus membuktikan masyarakat masih menaruh kepercayaan tinggi terhadap pihak polis.

“Aduan secara ikhlas yang disalurkan oleh orang awam merupakan bukti masyarakat masih menaruh kepercayaan terhadap peranan dan tanggungjawab polis,” katanya dalam program Hari Bertemu Pelanggan dan Kempen Derma Darah sempena Peri­ngatan Hari Polis Ke-212 Tahun 2019 di Aeon Dato’ Onn di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalannya, Superintenden Afzanizam Yahaya.

Yang turut hadir, Pegawai Perubatan Unit Perubatan Transfusi Hospital Sultan Ismail (HSI), Dr. Cheng Deh Ting dan Pengurus Aeon Mall Bandar Dato’ Onn, Nasrullah Abd. Mutalib.

Mengulas lanjut, Shahurinain ber­kata, program berkenaan adalah sebahagian daripada usaha pihaknya turun padang bertemu dan mendekati masyarakat.

Beliau berharap para anggotanya dapat menyelami masalah serta isu masyarakat setempat seterusnya membuka laluan kepada orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan.

“Selain itu, usaha ini merupakan satu tanggungjawab sosial pihak Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dalam membantu pihak hospital menambah bekalan darah yang berkurangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini