KUALA LUMPUR 2 April – Keadaan kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang stabil dan beliau dijangka keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) dalam tempoh satu hingga dua hari lagi. Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman berkata, pada waktu ini, Abdul Hadi ditemani ahli keluarganya. “Abdul Hadi dalam keadaan baik. Cuma doktor mahu memantau kesihatannya dalam beberapa hari lagi,” katanya kepada Utusan Online menerusi aplikasi WhatsApp hari ini. Abdul Hadi telah…










