RABAT 3 April – Lapan orang maut dan 30 cedera dalam kemalangan melibatkan trak dan kereta di barat laut Maghribi, jelas pihak berkuasa hari ini.
Kereta yang membawa pekerja ladang bertembung dengan trak berdekatan bandar pesisir, Moulay Bousselham.
Agensi Berita MAP berkata, mereka cedera telah dibawa ke hospital berdekatan dan siasatan punca kejadian sedang dibuat.
Memuatkan artikel berkaitan…
Maghribi sedang menggerakkan strategi keselamatan jalan raya nasional menyasarkan penurunan separuh jumlah kemalangan trafik pada 2026.
Sekitar 3,500 orang terbunuh setiap tahun dalam kemalangan jalan raya di negara dengan populasi sebanyak 35 juta orang. – AFP










