ISLAMABAD 2 April – Pakistan mendakwa pasukan tentera India melancarkan serangan terhadap kedudukan tentera negara ini di wilayah Kashmir, menyebabkan tiga anggota tentera terbunuh dan seorang lagi cedera. Sehubungan itu, Pakistan membalas serangan tersebut yang berlaku di pekan Rakhchakiri di wilayah Kashmir yang dikawal negara ini. Seorang petani Pakistan turut maut dalam serangan balas tentera India di Niaza Per, semalam. Arab News melaporkan, New Delhi belum membuat sebarang kenyataan berhubung…










