KOTA TINGGI 2 April – Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) menahan 46 warganegara Indonesia disyaki cuba keluar dari negara ini melalui kawasan yang tidak diwartakan dalam operasi pada malam tadi dan pagi ini. Maritim dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) itu yang berusia antara 19 hingga 40 tahun termasuk lapan wanita. Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, serbuan pertama…










