KANGAR – Seramai 37 pelarian Rohingya yang dipercayai ditinggalkan sindiket penyeludupan manusia mendarat lagi di kawasan pesisir pantai di Kampung Sungai Belati, Simpang Empat di sini hari ini. Pelarian lelaki yang rata-rata berusia lingkungan 20-an itu ditemui dalam keadaan kelaparan dan lesu oleh penduduk kampung kira-kira pukul 7 pagi tadi. Mereka dipercayai telah menempuh perjalanan hampir seminggu dari negara asal sebelum ditinggalkan tekong kira-kira pukul 4 pagi ini. Pelarian tersebut…










