37 individu ditahan kerana dadah - Utusan Malaysia

37 individu ditahan kerana dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 27 April – Polis menahan 37 individu atas pelbagai kesalahan melibatkan penyalahgunaan dadah dalam operasi di sekitar bandar raya ini, termasuk Manggatal, Inanam dan Likas dalam tempoh seminggu bermula 20 April lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner, Habibi Majinji berkata, kesemua suspek ditahan berumur 16 hingga 55 tahun itu turut melibatkan lapan warga asing.

“Dua individu ditangkap atas kesalahan membekal dan mengedar dadah manakala lapan individu ditangkap kerana memiliki dadah serta 27 individu lagi didapati positif selepas ujian air kencing dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, polis terus mempertingkatkan Op Tapis yang dijalankan 18 kali sepanjang seminggu lepas, manakala dalam Op Sarang di sekitar Kampung Suang Parai dan Kampung Pulau Penampang dekat Manggatal, membawa kepada penangkapan lima penagih dikehendaki bagi membendung masalah dadah serta jenayah di kawasan itu.

Tambahnya, rampasan dadah jenis ganja seberat 156 gram dan 8.80 gram syabu dianggarkan bernilai RM7,680 sepanjang operasi tersebut.

“Kita akan terus memperhebat usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar bandar raya ini bagi memelihara kesejahteraan masyarakat setempat,” jelasnya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini