24 lagi penguat kuasa JPJ dipanggil SPRM - Utusan Malaysia

24 lagi penguat kuasa JPJ dipanggil SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seramai 24 lagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipanggil bagi memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di sini hari ini.

Ia merupakan kumpulan ketiga yang dipanggil setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar negeri ini.

Menurut sumber, mereka adalah terdiri daripada anggota dan pegawai gred 19 hingga 32 yang hadir kira-kira pukul 9 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini seramai 46 orang penguat kuasa JPJ telah memberi keterangan iaitu pada Rabu dan Sabtu lalu termasuk yang sedang direman dan telah dibebaskan dengan jaminan.

Ia menjadikan seramai 70 orang penguat kuasa JPJ negeri telah dipanggil setakat ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini