22 wanita disyaki pelacur ditahan - Utusan Malaysia

22 wanita disyaki pelacur ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 April – Dua wanita warganegara Indonesia yang dipercayai pelacur gagal melarikan diri dengan cuba terjun dari tingkap hotel selepas ditahan di sebuah hotel Jalan Kepong, di sini semalam.

Difahamkan, kedua-dua mereka bertindak sedemikian selepas mendapati pihak berkuasa cuba memecahkan pintu bilik dalam Operasi Gegar yang dijalankan sekumpulan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi bermula pukul 9 malam itu menyasarkan wanita warga asing yang dipercayai melakukan kegiatan tidak bermoral di hotel berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita telah menahan 22 wanita iaitu 11 warga Indonesia, Vietnam (6), Thailand (3) dan masing-masing seorang dari Bangladesh serta Laos dan kesemua mereka dipercayai bekerja sebagai pelacur.

“Menerusi operasi terbabit, kita juga berjaya menahan tiga lelaki warga tempatan dipercayai merupakan penjaga premis tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hamidi, siasatan awal mendapati, wanita-wanita disyaki pelacur ini akan mengenakan harga bermula RM190 hingga RM250 untuk aktiviti pelacuran.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini