PADANG TERAP 28 April – Sebanyak 21,694 kilogram (kg) konsainan pertanian dari negara jiran yang tidak mempunyai dokumen lengkap termasuk sijil halal dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis). Rampasan membabitkan 45 jenis barangan pertanian itu dilakukan sepanjang operasi bersepadu Maqis bersama-sama beberapa agensi lain di pintu masuk Durian Burung, di sini sejak 18 Mac lalu hingga pertengahan bulan ini. Antara barangan yang dirampas termasuklah buah-buahan seperti durian, manggis…










