KUALA LUMPUR 27 April – Sebanyak 20 tapak Flea Market di Tingkat 1, Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya dekat sini dibuka kepada orang ramai khususnya peniaga yang berminat. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, tapak berkenaan dibenarkan beroperasi pada Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula dari pukul 7 pagi hingga 2 petang. “Antara jenis jualan yang dibenarkan adalah seperti aksesori, kasut, keperluan rumah dan makanan kering,” katanya.…










