RABAT 27 April – Sekurang-kurangnya 16 pendatang dari sub-Sahara Afrika maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas ke dalam saluran pengairan hari ini. Menurut agensi berita tempatan, MAP, 17 lagi pendatang cedera dan dibawa ke hospital. Insiden berkenaan berlaku di sebatang jalan kecil berdekatan wilayah Melilla. Pihak berkuasa tempatan seperti dipetik oleh MAP sebagai berkata, pemandu kenderaan itu melarikan diri dari tempat kejadian dan siasatan sedang dijalankan berhubung insiden tersebut. –…










