BIMBINGAN. Seramai 150 peserta program Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) menerima sijil pengiktirafan selepas menamatkan pengajian mereka selama lima hari di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini. Program tersebut merupakan anjuran Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama USIM. Menurut Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Prof. Madya Dr. Faizal Kasmani, program yang diadakan sejak 2009 itu bertujuan melengkapkan para pembimbing dengan maklumat terkini dan kemahiran yang pelbagai. “Program…










