TRIPOLI 14 April – Seramai 121 orang terkorban manakala 561 orang cedera dalam pertempuran yang dicetuskan oleh ketua Tentera Nasional Libya, Khalifa Haftar sejak awal bulan ini untuk menawan Tripoli. Jumlah mangsa terbabit dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini. Menurut WHO menerusi Twitter, organisasi berkenaan sudah menghantar bantuan perubatan dan lebih ramai kakitangan ke Tripoli. – AFP










