1,200 sukarelawan Indonesia hadir kempen Jokowi-Ma’ruf Amin - Utusan Malaysia

1,200 sukarelawan Indonesia hadir kempen Jokowi-Ma’ruf Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 April – Kira-kira 1,200 sukarelawan Indonesia hari ini berikrar akan bekerja keras mendapatkan sokongan di saat-saat akhir daripada rakyat republik itu di negara ini bagi mengundi gandingan Presiden dan Naib Presiden, Joko Widodo atau Jokowi-Ma’ruf Amin.

Mereka merupakan wakil Indonesia dari 14 negeri di Malaysia menzahirkan sokongan tersebut dalam Program Temu Akbar Relawan Malaysia yang diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Menurut Kepala Staf Angkatan Laut dari 2012 hingga 2015, Laksamana TNI (Purn), Dr. Marsetio, sukarelawan tersebut akan memainkan peranan berkempen di kawasan masing-masing dengan memaklumkan mengenai agenda kepemimpinan Jokowi yang telah dilaksanakan sepanjang lebih empat tahun menjadi Presiden.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mahu 1.134 juta rakyat Indonesia yang bakal mengundi pada 14 April nanti memilih Jokowi kerana kepemimpinan yang terbukti dalam membangunkan negara dengan pelbagai kemudahan.

“Hal ini terbukti apabila beberapa pemimpin dunia termasuk di Malaysia, Australia dan Jepun turut mengkagumi kedudukan ekonomi Indonesia yang semakin maju ke hadapan,” katanya ketika berucap dalam program tersebut.

Program yang bertemakan Radikalisme Sebagai Ancaman Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) Pancasila itu merupakan sebahagian daripada kempen Jokowi mendekati rakyat negara tersebut yang berada di luar negara antaranya di Eropah, Amerika Syarikat dan ASEAN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini