KUALA LUMPUR 28 April – Kira-kira 1,000 peserta berjaya menamatkan acara Larian Amal ‘Edu Charity Fun Run’ anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di Cyberjaya, dekat sini. Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, program itu bertujuan meningkatkan peluang untuk menyumbang kepada tabung dana pendidikan yang dikendalikan oleh Yayasan Angkasa. Menurutnya, larian amal itu juga bagi menambah dana Yayasan Angkasa dan acara itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak…










