Zur Eda nafi sakit disihir - Utusan Malaysia

Zur Eda nafi sakit disihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi Zur Eda, atau nama sebenarnya Zuraidah Mokhtar, 54, menafikan dirinya kini sedang sakit akibat disihir rakannya sendiri seperti yang ditulis dalam ruangan pojok sebuah akhbar mingguan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zur Eda yang popular dengan lagu Pelitaku itu berkata, dia senyap daripada dunia hiburan kerana sedang memberi fokus terhadap perniagaan kerepek kentang, Kerepek 5 Stars.

“Saya sendiri tidak faham kenapa ada yang mengatakan saya sedang sakit akibat terkena buatan orang.

“Walhal, buat masa ini, saya sedang sihat walafiat dan sibuk mengerjakan perniagaan kerepek yang semakin mendapat permintaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini sebentar tadi.

Bekas peserta program Gegar Vaganza 3 (GV3) itu menambah, dia sedia memaafkan penyebar gosip berkenaan dan berharap perkara sebegini tidak berulang kembali.

“Jika ada penganjur yang mahu saya terlibat dalam program anjuran mereka terbaca berita ini di akhbar, pasti mereka akan percaya saya benar-benar sakit dan mencari pengganti lain.

“Jadi, kalau boleh, janganlah menulis tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu. Selain jatuh fitnah, cerita-cerita gosip sebegini boleh menutup periuk nasi saya sebagai penyanyi,” katanya lagi.

Terdahulu, Zur Eda pernah dituduh menggunakan sihir sewaktu menyertai GV3.

Bagaimanapun, penyanyi itu menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai satu fitnah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN