KUALA LUMPUR 16 Mac – Kejayaan memecah rekod 400 meter gaya bebas kebangsaan menaikkan semangat jaguh renang negara, Welsen Sim untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo menerusi tiket ‘A’. Welson, 21, mencatat masa tiga minit 49.29 saat dalam Kejohanan Renang New South Wales kelmarin, sekali gus membolehkannya meraih pingat perak bersama rekod baharu kebangsaan. Perenang Australia, Elijah Winnington meraih gangsa dengan catatan 3:48.68s manakala rakan senegaranya yang…










