Warganet kecam Lim Guan Eng - Utusan Malaysia

Warganet kecam Lim Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“RAKYAT Malaysia kena tuntut dia (Lim Guan Eng) dipecat dan dihukum sebab kenyataan rasis. Gerakkan perhimpunan tuntut beliau dihukum dengan berat. Kalau di negara lain kes seperti ini boleh timbul pergaduhan kerana ada provokasi.’’

DAENG TENRI MITAU

“MANA semua pemimpin-pemimpin Melayu Pakatan Harapan (PH), semuanya dah bisu tak berani bersuara? Telinga dah pekak tak berani nak mendengar atau mata telah buta tak berani lihat Melayu Islam diserang. Sudah matikah semuanya?’’

Memuatkan artikel berkaitan…

TUAH

“WALAUPUN ubah perkataan maknanya sama. Terlajak perahu boleh di undur terlajak cakap buruk padahnya.’’

IBRAHIM MAJID

“TOLONG buat laporan polis sebanyak mungkin, penghasut negara mesti diambil tindakan undang-undang.”

NASIR

“LIM GUAN ENG ajak orang Islam berperang dengan bukan Islam? Ini adalah salah satu hasutan dan provokasi jahat.’’

ZAKIYAMANI

“LIM GUAN ENG jangan celupar sangat, jangan uji kesabaran orang Melayu.’’

SAMIA GAMAL

“KALAU rakyat yang cakap mesti kena angkut, ini menteri cakap macam mana pula. Kena ambil tindakan walau pun dia seorang menteri.’’

SHARIFAH DOLAH

“JANGAN risau dia kebal daripada sebarang tindakan. Buatlah laporan ke apa, memang tak boleh buat apa.’’

WAK JOHN

“TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD pun tak boleh buat apa? Kena cengkam dengan DAP. Semua rakyat perlu bersatu terutama Melayu Islam, hantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong desak lucutkan jawatan Lim Guan Eng. Sudah melampau.”

ZACK HUSAIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini