Warga emas maut kemalangan tiga buah kenderaan - Utusan Malaysia

Warga emas maut kemalangan tiga buah kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Seorang warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 162 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, Ahmad Hamzah, 66, dari Felda Kumai, Triang meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Temerloh,  Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, mangsa yang terbunuh memandu Perodua Kancil bersama dua penumpang datang dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, Perodua Kancil terbabit telah masuk ke laluan bertentangan lalu bergesel dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Outlander.

“Perdua Kancil itu kemudiannya bertembung dengan sebuah lagi SUV jenis Lexus RX350 Luxury yang berada di belakang Mitsubishi Outlander,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, akibat pertembungan itu, pemandu Perodua Kancil itu tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi penumpangnya hanya cedera ringan.

“Pemandu kedua-dua SUV itu bagaimanapun tidak mengalamai sebarang kecederaan,” ujarnya.

Beliau memberitahu, mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk bedah siasat manakala dua lagi yang cedera ringan turut mendapat rawatan di hospital sama.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini