GEORGE TOWN – Seorang wanita nyaris lemas selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di kilometer 6.0 arah pulau hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa berusia 22 tahun tersebut bernasib baik apabila sempat diselamatkan oleh nelayan yang berada di sekitar kawasan berkenaan.
Difahamkan, orang awam turut menemui motosikal dipercayai ditunggangi mangsa bersama-sama sepasang selipar dan dompet di atas jambatan berdekatan tempat dia terjatuh.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam kenyataan sebentar tadi berkata, manga yang dipercayai terjun itu telah diselamatkan sebelum diserahkan kepada pihak polis marin.
Jurucakap itu berkata, mangsa yang kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang di sini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – K! ONLINE










