Wanita maut, rumah dihempap pokok tumbang - Utusan Malaysia

Wanita maut, rumah dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 17 Mac – Seorang wanita warga emas maut selepas kediamannya dihempap sebatang pokok yang tumbang di Kampung Jenalik di sini hari ini.

Jurucakap bomba berkata, wanita berkenaan, Norizan Am, 61, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Menurutnya, mangsa merupakan kakak kepada seorang pegawai yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar iaitu Abdul Jalil Am.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar menerima panggilan mengenai kejadian ini pada pukul 11.56 pagi yang berlaku di belakang Masjid Ubudiah, Kampung Jenalik di sini.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian didapati sebatang pokok yang tumbang telah menghempap dua buah rumah dan sebuah kereta.

“Mengikut laporan ketua operasi, terdapat seorang mangsa wanita berusia 61 tahun telah disahkan meningga dunia dan mayatnya telah dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Menurutnya, kerja-kerja menyelamat turut dibantu pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Kuala Kangsar (MDKK) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Operasi menyelamat masih dijalankan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini