KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga tempatan maut selepas kereta yang dipandunya melanggar pokok dalam kejadian di Jalan 1/27, Jalan Gembira di sini awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Kong Chien Ling, 29, yang memandu kereta jenis Toyota Vios berwarna hitam terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan di lokasi kejadian.…










