Wanita Jepun berusia 116 tahun tertua di dunia - Utusan Malaysia

Wanita Jepun berusia 116 tahun tertua di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 9 Mac – Seorang wanita Jepun berusia 116 tahun yang gemar belajar matematik dan mainan berpapan disahkan sebagai manusia tertua di dunia oleh Guinness World Records hari ini.

Kane Tanaka yang dilahirkan pada 2 Januari 1903 iaitu tahun sama beradik Wright melancarkan penerbangan manusia pertama.

Tanaka menerima pengiktirafan disambut di rumah penjagaan yang didiami di Fukuaoka, barat Jepun oleh Datuk Bandarnya, Soichiro Takashima.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika ditanya apa saat paling mengembirakan buat dirinya, Tanaka memberitahu, adalah sekarang.

Tanaka kebiasaan bangun pada pukul 6 pagi dan pada tengah hari dia akan mempelajari matematik serta berlatih kaligrafi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini