CUACA yang agak panas pada pagi itu tidak sedikit pun menghalang Hurul Ain Sabaruddin, 41, untuk memulakan kerjanya. Lengkap beruniform serba putih, wanita yang lebih mesra disapa Hurul Ain itu lantas menghayun langkah kakinya menuju ke badan pesawat milik syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) Boeing 737-800 untuk memeriksa pesawat tersebut. Memikul tugas sebagai sebagai jurutera pesawat berlesen MAB, Hurul Ain juga merupakan jurutera pesawat wanita pertama di Malaysia dan…










