KUALA LUMPUR 22 Mac – Hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM8,000 bakal menjadi rebutan peserta Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2019 di Menara Kuala Lumpur, 27 April ini.
Program anjuran Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu akan bermula seawal pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.
Menerusi laman Facebook Menara Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya akan mengagihkan bubur lambuk berkenaan kepada pengunjung secara percuma pada hari berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM100 bagi setiap kumpulan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-2020 5448 atau laman web www.menarakl.com.my atau ke laman Facebook officialmenarakl. – UTUSAN ONLINE











