[VIDEO]Ibu mangsa tembakan di Christchurch lega anak selamat - Utusan Malaysia

[VIDEO]Ibu mangsa tembakan di Christchurch lega anak selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 15 Mac – Ibu kepada Rahimi Ahmad, 39, salah seorang mangsa serangan insiden tembakan di Christchurch, New Zealand

bersyukur sebaik sahaja menerima berita bahawa anaknya terselamat dalam insiden tersebut.

Berita tersebut dimaklumkan kira-kira pukul 6.30 petang hari ini kepada Rokiah Mohamad, 65, oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz yang menziarahi keluarga berkenaan di Kampung Binjai hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rokiah berkata, dia amat bersyukur sebaik sahaja mendengar berita tersebut walaupun dia dimaklumkan Rahimi kini berada di sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan kerana terkena tembakan di bahagian rusuk.

“Selepas mendapat berita mengenai insiden tersebut menerusi televisyen saya tidak mampu berbuat apa-apa selain berdoa keselamatan anak, cucu dan semua yang berada di masjid ketika itu

“Kini saya amat bersyukur kerana dimaklumkan bahawa dia selamat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai di sini hari ini.

Menerusi laporan Nzherald.co.nz, Rahimi dipercayai berada dalam keadaan selamat selepas dipercayai terkena tembakan.

Manakala, anak lelakinya, Ahmad Razif, 11, yang berada di luar masjid ketika insiden berlaku sempat di selamatkan jemaah lain.

Walaubagaimanapun, setakat ini Wisma Putra masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keadaan Rahimi yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat tenusu di Christchurch. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini